Tuesday, 31 December 2013

MARINE ESSENCE



SABUN MARINE ESSENCE

SEKETUL RM35
SEKOTAK RM105


Sabun Marine Essence aka Sabun Ketiak dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Ia memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan,
Sabun Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!

7 RAMUAN EKSLUSIF SERTA BERMANFAAT UNTUK KULIT YANG LEMBUT, LICIN & BERSERI:-
Garam buluh - sumber kaya dengan mineral penting untuk menyihatkan dan melindungi kulit malah anti bakteria, anti alergi, anti keradangan.
Glisein - merupakan pelembap semulajadi yang hebat dan tidak mengeringkan kulit kerana ia menarik kelembapan daripada atmosfera/udara ke dalam kulit.
Pheno-SFE (Ekstrak Teh Pu-erh) - memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama. Ia juga antioksidan kuat untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya pada kulit (anti-penuaan).
Minyak Tea Tree - anti bakteria, anti kulat.
Aloe Vera - membantu melegakan, melembapkan dan meyembuhkan penyakit kulit.
Ekstrak liquorice - mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam dan mencerahkan pigmentasi kulit yang tidak sekata.
Vitamin E - antioksidan, anti penuaan. Menyembuhkan kulit yang bermasalah & rosak dengan berkesan.

CARA PENGGUNAAN
Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih
Boleh digunakan pada kulit muka sebagai pencuci muka
Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.


BAMBOO SALT NOURISHING SHAMPOO (RM33.00)

Marine Essence Bamboo Salt Nourishing Shampoo dirumus khas dengan garam buluh bersama Teh Pu-Erh yang ternyata berkesan bagi membersihkan dan membekalkan nutrisi untuk rambut agar ia menjadi lebih sihat, lembut dan berseri.

KHASIAT MARINE ESSENCE BAMBOO SALT NOURISHING SHAMPOO

Dirumus tanpa sabun
Memelihara kelembapan dan kehalusan rambut serta kulit kepala
Kaya dengan khasiat dari sumber semulajadi seperti daun teh Pu-Erh dan garam buluh
Tidak merosakkan kulit
Membasmi kuman dan bakteria
Mengurangkan kegatalan pada kulit kepala
Menyegarkan kulit kepala
KANDUNGAN MARINE ESSENCE BAMBOO SALT NOURISHING SHAMPOO

Air: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut. Ia berperanan memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala di samping membantu menyihatkan rambut dari akarnya.

Ammonium Lauryl Sulfate: Bahan organik yang boleh terhasil daripada kelapa ini berfungsi sebagai agen pembersih di dalam produk penjagaan diri seperti shampu serta lembut untuk kulit kepala dan rambut.

Cocamidopropyl Betaine: Sebatian organik yang terhasil daripada minyak kelapa ini dan berfungsi untuk mencuci minyak dan kotoran dari kulit kepala selain membantu mengatasi masalah rambut kering, kelemumur dan menyerap kelembapan ke dalam struktur rambut dan kulit kepala.

Acrylates Copolymer: Bahan ini berperanan sebagai bahan penstabil bagi melindungi produk ini daripada kelembapan di samping memelihara kesihatan rambut.

Dimethiconol: Bahan silikon ini berperanan mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit kepala.

Palm Kernelamide DEA: Sebatian yang terhasil daripada bijii kelapa sawit ini bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam produk ini seterusnya membantu menggalakkan fungsi dan keberkesanan ramuan di dalam produk ini.

Styrene/Acrylates Copolymer: Sebatian sintetik ini berperanan membentuk filem di dalam produk penjagaan diri seterusnya membantu memelihara kehalusan kulit.

PEG-7 Glyceryl Cocoate: Sebatian ini bertindak sebagai bahan pengemulsi bagi menyatukan ramuan di dalam produk ini seterusnya membantu menggalakkan fungsi dan keberkesanan ramuan di dalam produk ini. Ia juga berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan kulit kepala dan rambut.

Daun Teh Camellia Sinensis (Teh Pu-Erh): Walaupun berasal dari jenis yang sama dengan daun teh lain, Camellia Sinensis, daun teh Pu-Erh yang banyak ditanam di pergunungan Yunnan terkenal dengan kenakannya dan khasiatnya yang tinggi. Ia bersifat antiradang dan antikulat yang berkesan bagi mencegah pembiakan sebarang mikroorganisme yang merosakkan kulit kepala di samping berupaya menyingkirkan toksin, melancarkan peredaran darah dan meredakan ketegangan saraf. Di samping itu, daun teh Pu-Erh turut mengandungi poliphenol yang bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan kesan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan penuaan kulit.

Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride: Bahan yang diperbuat daripada gam guar atau guaran ini membantu mengatasi masalah rambut kusut di samping memelihara kelembapan rambut dan kulit kepala.

Polyquaternium-10: Polyquaternium-10 merupakan sejenis polimer selulosa yang berfungsi memelihara kelembapan kulit kepala.

Garam Buluh: Garam buluh merupakan inovasi dari Korea dan dihasilkan dengan dengan memasukkan garam ke dalam bekas buluh dan dibakar berulang-ulang kali untuk tempoh yang lama. Kaedah pembakaran berulang ini akan meningkatkan penyerapan garam mineral dari buluh dan tanah liat yang menjadi penutup bekas buluh ke dalam garam laut yang dibakar. Garam buluh menghasilkan lebih daripada 80 jenis mineral yang berupaya membantu mengatasi masalah kulit kepala seperti kegatalan.

TEA-Dodecylbenzenesulfonate: TEA-Dodecylbenzenesulfonate membantu air menyerap ke dalam kotoran dan minyak pada rambut seterusnya membersihkan rambut.

Tetrasodium EDTA: Ramuan ini berperanan sebagai bahan pengawet bagi mencegah serangan dan pembiakan mikroorganisme seperti kulat dan bakteria seterusnya memelihara isi kandungan produk ini. Ia juga bertindak memelihara kehalusan rambut dan kulit kepala.

Pro-Vitamin B5 (Panthenol): Panthenol sering terkandung dalam produk penjagaan rambut dan berperanan mengembalikan kelembapan dan mengukuhkan rambut di samping memperbaiki rambut yang rosak, merawat hujung rambut yang bercabang dan menyerikan lagi rambut.

Yogurt Filtrate: Selain membantu memelihara kesihatan kulit kepala, yogurt filtrate juga berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan rambut.

Biji Gossypium Herbaceum (Kapas): Selain kaya dengan vitamin E yang berupaya memelihara kesihatan dan kelembapan kulit kepala, biji kapas juga sarat dengan kandungan antioksidan yang berupaya mencegah kerosakan sel kulit dan rambut.

Glyceryl Stearate: Glyceryl Stearate yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan ini berperanan sebagai bahan pengemulsi produk kosmetik dan penjagaan diri seperti losyen, krim dan minyak sapu, di samping membantu mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit kepala.

PEG-60 Hydrogenated Castor Oil: Minyak Castor yang terhasil melalui proses hidrogenasi dengan minyak buah jarak ini berfungsi sebagai pengemulsi dan menggalakkan penghasilan buih serta mengurangkan risiko kulit kering dan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang merbahaya.

Hydrolyzed Milk Protein: Bahan ini kaya dengan nutrien seperti asid amino yang mampu memelihara tisu yang sihat, melembap dan menghaluskan kulit kepala. Di samping itu, ia mampu mengatasi masalah pada kulit kepala seperti kegatalan, merawat rambut yang rosak serta mempercepatkan pemulihan luka mahupun radang pada kulit.

Laktosa: Laktosa merupakan karbohidrat yang terkandung di dalam susu dan berupaya membantu menyerap kandungan kalsium ke dalam tubuh serta menggalakkan pertumbuhan bakteria baik untuk tubuh terutamanya usus sekaligus meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. Lakstosa juga mampu menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf dengan bantuan galaktosa, sebatian gula yang terkandung di dalam laktosa.

Methylchloroisothiazolinone: Bahan ini bersifat antibakteria dan antikulat serta berfungsi sebagai bahan pengawet di samping membantu mengatasi masalah kulit kepala.

Methylisothiazolinone (MIT): MIT merupakan bahan pengawet yang berfungsi menghapuskan mikroorganisme seperti bakteria dan kulit yang boleh merosakkan produk ini.

CI 15985: Sebatian yang turut dipanggil Sunset Yellow FCF ini merupakan pewarna kuning azo sintetik.

CI 19140: CI 19140 atau Tartrazine adalah bahan pewarna sintetik yang menambah warna kuning lemon ke dalam sesuatu produk makanan mahupun kosmetik.

CARA PENGGUNAAN MARINE ESSENCE BAMBOO SALT NOURISHING SHAMPOO

Basahkan rambut.
Usapkan Marine Essence Bamboo Salt Nourishing Shampoo pada kepala.
Urut kepala selama beberapa minit.
Bilas rambut dan kulit kepala sehingga bersih.
Jika terkena pada mata, basuh mata dengan segera.



MARINE ESSENCE NOURISHING BODY WASH (RM33.00)

Pertama kalinya cecair mandian yang menggabungkan teknologi inovatif dengan ramuan semulajadi dan botani Garam Buluh dan pheno SFE untuk membersih, menyihatkan serta melembapkan rambut anda dalam setiap cucian.

Ramuan eksklusif serta bermanfaat untuk kulit lembut, licin dan berseri :

Garam Buluh
Sumber kaya dengan mineral berkhasiat untuk menyihatkan dan melindungi kulit.
Pheno-SFE (Ekstrak The Pu-erh)
Menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
Membantu memperbaharui dan memulih sel-sel kulit.
Aloe Vera (Lidah Buaya)
Melegakan, melembapkan dan menyembuhkan penyakit kulit.
Ekstrak Liquorice
Mencerahkan kulit dan pigmentasi yang tidak sekata.
Minyak Biji Jojoba
Pelembap kulit semulajadi.
Ekstrak Dedaun Mulberry
Mencerahkan kulit dan pigmentasi kulit.

No comments:

Post a Comment

NURRAISYA

NURRAYSA BEAUTY SKINCARE (RM75.00) Set Skincare Nurraysa Beauty Trial Pack mengandungi semua produk kecantikan kulit Nurraysa Beauty de...